Pages

Friday, 4 October 2013

PINJAMAN YANG TERAMAT BERHARGA

“Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku patuhi?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Selepas itu, siapa lagi?” Lalu Nabi menjawab, “Ibumu.” Dan orang itu bertanya lagi, “Selepas itu siapa, ya Rasulullah?” Maka Nabi menjawab lagi, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Dan selepas itu, siapa ya Rasulullah?” Maka Nabi SAW menjawab, “Ayahmu.”
 – HR. Bukhari dan Muslim

Seorang Ibu, sepanjang hidupnya, perhatian dan kasih sayang kepada anaknya tidak pernah luntur dek panasnya mentari, tidak membeku dek dinginnnya salju, tidak pernah lenyap dek kelamnya malam tanpa berbintang, dan tidak pernah pula kering pada kesusahan waktu kemarau. Malah takkan beliau makin bertambah sayang.

Orang yang pernah kita tidak faham kenapa asyik membebel itulah yang doanya selalu menyertai langkah-langkah anak sepanjang hidupnya; sejak dia lahir hingga ke akhir hayatnya. Dan, saya pasti saya tidak berlebihan jika saya mengatakan bahawa, sesungguhnya doa ibu untuk anaknya adalah pembuka pintu syurga dan pemudah langkah perjalanan dalam hidupnya.

”Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun dan Dia memberikan kepadamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur.”
Surah an-Nahl : 78
Dihati kecil ibu itu, pasti dirinya selalu berdoa, doa kebaikan untuk anak-anaknya. Pasti setiap kali dirinya merindui anaknya yang jauh dari pandangan mata, maka dirinya akan memohon keselamatan untuk si anak itu. Pasti setiap kali memasak dan menjamah masakan yang sedap-sedap, tidak pernah tidak dirinya teringatkan anak-anaknya yang jauh; Ya Allah, apakah anak-anak aku sudah makan??? Sihatkah mereka???
Pertemuan begitu cepatnya
Menjemput ibuku..
Kini aku kehilangan tempat ku bermanja
Tiada lagi sinar dihatiku ini
Hilang rasanya sebutir permata

Bagaikan tiada bintang
Gelapnya dunia ini
Tiada lagi sinar menyuluh hidupku
Hanyalah teman-teman tempat ku mengadu
Sedih dihati hanyalah ku tahu…

Andai dapat ku berikan nyawa ku ini
Akan ku berikan sebagai pengganti
Untuk ibuku kembali…..
Andai dapatku putarkan masa yang lalu
Takkan ku lepaskan pelukanku
Hanya ibuku yang teramat ku sayang


Thursday, 3 October 2013

SUNNATULLAH...KURNIAAN-MU

"Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang PALING BERTAQWA.Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti"
(Al-Hujurat: 13)

Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah SWT terlebih dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah SWT dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya..??

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia itu sendiri." (Rabi'atul Adawiyah)
 
SEKUAT mana kita setia...
SEHEBAT mana kita merancang...
SELAMA mana kita menunggu...
SEKERAS mana kita bersabar...
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita...
SELAMA mana kita bertahan bersamanya...

Jatuh cinta itu fitrah,ingin bercinta itu fitrah,ingin dicintai itu fitrah..

Tapi, harus diingatkan..Jika fitrah itu dibawa dgn aliran yg betul,ia mulia..Jika dialir dgn aliran yg salah,ia hina..


Bila hubungan kita dengan Allah lemah, cinta lain akan terdahulu menguasai hati, hingga membuatkannya tanpa sedar menjadi sembahan kita. 
Na'uzubillah !
Jika ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai, Kita tetap tidak akan Bersama dengannya walau engkau bersusah payah mendapatkannya. Maka cintailah orang sewajarnya .... kerana orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti, kadang yang engkau nilai baik untuk mu belum tentu baik untuk ALLAH. 

Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU "

Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".


Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " 

TERUSLAH MELANGKAH ".



~Kita merancang Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lebih baik.~
Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama.. Kita Tetap Tidak Akan Bersama.. Tiada Yang Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang.. Dan Sebaik Baik Yang Merancang Itu Adalah ALLAH s.w.t., Maha Perancang Segalanya.

Hebat aturanNya..

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah.. kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. 

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasang supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH"


(Adz Dzariyat : 49)
Niatkanlah segala perasaan kita hanya kerana ALLAH.. HANYA UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH…kerana ALLAH jua lah yang memberi segala perasaan itu..

"..berikan hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik.. hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan kehidupanmu sebaiknya.."

Ya Allah, kurniakanlah aku cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu,serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.. Ya Allah, sekiranya Engkau ingin pisahkan aku dengan sesuatu, sedangkan ia amat aku cintai, jadikanlah ia ruang untuk cintaMu di dalam diriku. Jangan jadikan cintaku pada yang selain dariMu, mengatasi cintaku padaMu. Amin..

"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya."(HR. Al-Hakim)


Jodoh itu rahsia Allah, Sunnatullah. Cepat atau lambat, ia akan sampai juga kepada kita apabila tiba masanya. Usah terburu-buru. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya.

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

(Al Baqarah : 216 )

MENITI KEHIDUPAN KERANA-NYA

Tuhan betapa aku malu 
Atas semua yang kau beri
Padahal diriku terlalu sering 
MembuatMu kecewa

Entah mungkin kerana ku terlena 
Sementara Engkau beri
Aku kesempatan berulangkali
Agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakanMu
Betapa tak ada apa-apanya
Aku dihadapanMu

Aku ingin mencintaiMu setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku

Aku ingin mendekatiMu selamanya
Sehina apa pun diriku
Ku berharap untuk bertemu denganMu ya Rabbi

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, di hina, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita berasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Allah.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.
Ingatlah wahai hamba Allah.

Walaupun engkau megah berjaya.
Keberjayaan engkau itu tiada maknanya tanpa redha Allah.

Walaupun engkau disanjung penduduk dunia,
Sanjungan itu tiada maknanya tanpa redha Allah.

Redha Allah.
Itu yang utama.

Ingat.
Itulah tujuan insan.
Tiada yang lain.

Andai lain menjadi tujuan.
Takutlah akan Allah.
Bimbanglah akan pengadilan-Nya.

Dengan niat yang tersasar.
Bagaimana engkau mahu bertemu dengan-Nya kelak?
Engkau yakin akan mampu menjawab dihadapan-Nya?
Atau engkau rasa akan menjadi kelu sekelunya.

Energimu itu usah dibazirkan untuk manusia.
Tidak akan pernah sama keredhaan manusia dan keredhaan Allah.
Tidak akan pernah sama!
Sama sekali tidak akan sama!

Bunga kebahagian itu 
Akan tetap mekar
Akan tetap segar
Akan tetap mewangi
Bila redha Allah mengiringi.

Hati - hati jaga hatimu.
Luruskan niat.
Siap siaga.

Kerahkanlah tenagamu jua fikiranmu
Menuju redha-Nya!
Dan jangan lupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanyaiman dan taqwa yang membezakan kita.

Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarnya kita..

DIA..SEPERTI APA..???

Biarlah dia seorang yang buta..
Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah..
Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi..

Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah..
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya..

Biarlah dia seorang yang bisu..
Bisu dari pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan..
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracuni fikiran..
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang
kekufuran..

Asalkan bibirnya sentiasa basah
mengingati Tuhan..
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran..
Asalkan dia petah
membangkang kemungkaran dan dia lantang menyuarakan kebenaran..



Biarlah dia seorang yang bakhil..
Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya..
Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya..
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya..

Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya..
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya..
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran..
Sehingga dia sanggup
menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah kembali megah di muka dunia..



Biarlah dia seorang yang papa..
Papa dalam melakukan perkara maksiat..
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat..
Papa memiliki akhlaq mazmumah..

Tetapi dia cukup kaya
dalam pelbagai ilmu pengetahuan..
Dia begitu kaya dalam
memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia..
Dia begitu kaya
dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya..
Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang yang syahid di jalan Allah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...