Pages

Tuesday, 6 August 2013

KAU YANG MAHA TAHU...

Sesungguhnya pada jiwa-jiwa setiap insan itu, ada fitrah yang sering merindui kebenaran dan kebaikan. Namun sering saja ia tertutup dengan pelbagai kejahilan dan kemaksiatan yang menebal di sekeliling kita.

 "Ya Allah kenapa engkau timpakan ujian ini terhadapku" aku tidak kuat ya Allah dalam menghadapinya...itulah ungkapan yg sering diucapkan kepada seorang hamba Allah yg lemah ini. Tetapi ingatlah bahawa setiap ujian yg diturunkan kepada kita pasti ada hikmahnya..mungkin kekadang kita merasakan yg kita sudah berbuat yg terbaik tetapi tetap diuji..Allah akan menguji setiap hambanya yg beriman...

Kita, walaupun di mana berada, jangan gundah berjalan dalam susah, kerana kesusahan itu memberi erti.

Kesusahan itu, membukitkan tabah dan menggunungkan sabar.

Kesusahan itu sebenarnya kesenangan. Jika bukan untuk hari ini, tapi untuk hari kemudian.

Apabila perjalananmu menjadi susah, kesusahan itu sebenarnya telah memulakan perjalanan!

Bersangka baiklah...

Ada dua orang adik beradik yang sudah kematian ibu bapa. Mereka bekerja sebagai peniaga dan setiap hari perlu berjalan sepuluh kilometer jauhnya dari rumah peninggalan ibu bapa mereka demi menuntut ilmu agama. Mereka mementingkan ilmu pengisi dada buat mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba.

Suatu hari si abang berdoa kepada Allah, supaya Allah murahkan rezekinya untuk membeli sebuah kereta bagi memudahkan mereka berulang-alik menuntut ilmu. Tidak lama kemudian, doanya dimakbulkan, dan si abang membeli sebuah kereta hasil dari keuntungan perniagaan mereka.

Lalu si abang berdoa pula supaya Allah mengurniakannya seorang isteri yang rupawan dan baik pekerti. Allah mengabulkannya, dan si abang memiliki isteri idamannya. Kemudian si abang berdoa lagi untuk mendapat sebuah rumah yang selesa dan pekerjaan yang lebih baik, supaya segalanya itu akan menjadikan dirinya semakin dekat dengan Allah. Maka Allah mengabulkan segala permintaannya itu. Selalu.

Tinggallah si adik dengan tiada satu perubahan pun yang berlaku kepada dirinya. Tidak seperti si abang yang cukup dan telah sempurna hidupnya. Dia kekal dengan hidup yang sederhana dan terus tinggal di rumah peninggalan ibu bapa mereka. Si abang yang sibuk dengan pekerjaan baharunya, menjadikan si adik meneruskan kehidupan lamanya, berjalan kaki untuk menuntut ilmu agama setiap hari.

Si abang pun membandingkan kehidupannya dengan adiknya. Doanya yang selalu dimakbulkan, dan adiknya yang terus hidup sederhana itu. Lalu dia teringat, setiap kali adiknya pergi menuntut ilmu dengannya suatu ketika dahulu, adiknya selalu berdoa dengan melihat selembar kertas. Menunjukkan adiknya tidak menghafaz doa, dan hatinya barangkali tidak bersih. Lalu si abang menasihati adiknya supaya membersihkan hati, kerana merasakan hati adiknya masih kotor sehingga doa-doanya tidak dimakbulkan Allah.

Si adik rasa bersyukur dan terharu dengan nasihat abangnya itu. Dia tahu abangnya sangat menyayanginya seterusnya mengucapkan terima kasih di atas nasihat itu.

Sampailah suatu saat ajal kunjung tiba, dan si adik meninggalkan dunia dengan keadaannya yang terus sederhana dan tiada perubahan. Si abang berasa sedih kerana tidak perubahan dalam hidup adiknya dan meninggal dunia dalam keadaan hatinya yang tidak bersih.

Si abang menguruskan rumah peninggalan ibu bapa mereka untuk diubahsuai menjadi sebuah surau dan tempat menuntut ilmu bagi anak yatim, sesuai dengan wasiat arwah adiknya. Sehingga dia terjumpa selembar kertas di dalam lipatan sejadah yang seingatnya selalu dibaca adiknya sebelum pergi berjalan menuntut ilmu. Ada bacaan al-Fatihah, selawat, doa untuk guru dan doa selamat. Matanya terpaku pada ayat terakhir dalam doa itu.

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ampunilah dosaku dan abangku, kabulkanlah segala doa permintaan abangku, bersihkanlah hatiku, dan berikanlah kemuliaan hidup kepada abangku, di dunia dan akhirat."

Dan berlinanglah air mata membasahi pipi si abang, kerana adiknya tidak pernah sekalipun berdoa untuk dunianya, hingga akhir hayatnya.

Oh pemilik cinta betapa dapat kurasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku KAU hadirkan dirinya
Peneman menuju ke syurga

Oh pemilik hati sungguh Kau Maha Mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari

Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan menggangu fikiran
Kesyukuran ini melimpah dihati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi

Benar kuakui jarang kulafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat kuhargai

Kekasih kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walau kau bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi

Oh Tuhan
Kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernah ku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya di syurga-Mu
..

Betapa kita terlalu kerap meminta urusan hidup dipermudah, jarang benar meminta sekeping hati yang tabah. Walhal, lewat sekeping hati yang tabah, urusan yang susah terasa mudah. Wahai Yang Maha Membolak-balikkan Hati, kurniakanlah kami sekeping hati yang tabah!
Apabila kita merasakan sudah tiada orang memahami kita, maka Dia sedang meminta kita untuk kembali 'memahami'-Nya.

Hanya dengan berusaha 'memahami' Pencipta, barulah kita akan mula memahami yang dicipta-Nya.

Kita sentiasa ada Dia, dan cinta Baginda s.a.w!

Bertenanglah, Allah Maha Adil.
Ada seseorang yang membantu, saat kita tidak mampu membantu diri sendiri.
Ada seseorang yang mengasihi, saat kita tidak mengasihi diri sendiri.
Ada seseorang yang mempercayai, saat kita tidak mempercayai diri sendiri.
Allah! Kami kembali kepada-Mu!

Hidup ini menuntut kita memahami erti,
supaya menjadi Mukmin yang mengerti.....



Monday, 8 July 2013

MUSLIM BERJIWA HAMBA



Hidup ini untuk mencari redha Tuhan, kerana di situlah hakikat sebenar kejayaan dan kebahagiaan.

Di celah-celah segala kesibukan urusan, penting untuk kita berhenti sejenak dari segala kesibukan itu untuk merenung dan memuhasabah kembali tujuan kehidupan.

Ibarat kereta yang kita pandu, bukan sekadar kita perlu berhenti sebentar mengisi minyak atau memastikan kereta diselenggara, tetapi berhenti untuk kembali melihat kompas atau peta perjalanan, adakah jalan yang kita lalui ini benar-benar membawa kepada destinasi yang kita inginkan.

Ya, hidup ini bukan sekadar menuntut kita melihat jam buat memastikan setiap saat dan masa dimanfaatkan sepenuhnya demi mengejar pahala dan berbuat kebaikan, tetapi juga untuk bermuhasabah, apakah setiap yang kita lakukan benar-benar ikhlas, dan sentiasa berkompaskan kebenaran dari al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya.

Bukan sekadar 'sharpen the saw' atau berhenti sebentar untuk menajamkan gergaji, tetapi mengenalpasti apakah kita telah meletakkan gergaji di pohon yang betul.

Bulan 'Sharpen the Saw'

Bakal tiba satu bulan yang dinanti. Sebuah madrasah dan universiti pendidikan terbaik buat umat Islam. Bukan sekadar dipenuhi dengan bangunan megah dan kemudahan terbaik, tetapi sebuah sistem Rabbani berorientasikan waktu, yang menggunakan pendekatan Tarbiah Ruhiyyah dalam melahirkan graduan bertakwa.

Bagi yang terus tercari-cari metodologi terbaik untuk mengubah jiwa dan membuat perubahan rohaniah, maka kesempatan tibanya Ramadhan al-Mubarak boleh menjadi medan anjakan terbaik berbanding apa sahaja kursus motivasi profesional yang wujud. Namun, segala tarbiah perlulah dijalani dengan sepenuh ilmu dan emosi, dalam hati yang tanpa putus mengharapkan bantuan dan inayah-Nya.

Ramadhan menjadi medan untuk kita kembali mengenal status diri di sisi Tuhan sesuai dengan tujuan penciptaan. Setelah sebelas bulan barangkali sibuk memperbaharui pendekatan, memainkan peranan sebagai Khalifah, ruang memperkasa jiwa hamba bakal tiba dan bukankah tanpa jiwa, peranan dan pendekatan menjadi tidak bermakna?

Semoga bulan Ramadhan yang bakal hadir menjadikan kita Muslim yang berjiwa hamba, fokus beribadah memaknakan sebuah 'Ubudiyyah.

Ramadhaniy dan Rabbaniy

Meskipun Ramadhan mungkin bakal mengubah jiwa dan tindak, tetapi ingatlah selalu bahawa tiada sempadan masa dan tempat yang memisahkan kita menjadi hamba-Nya. Kita kekal menjadi hamba-Nya walau bila dan di mana berada.

Kita tidak hanya menyembah-Nya di dalam ibadah, tetapi menyembah-Nya pada setiap hela nafas dan darah yang mengalir.

Tidak mengapalah jika Ramadhan menjadikan titik tolak perubahan kepada cara kita melihat hidup ini dan memberi kesan kepada perubahan sikap yang lebih baik, dengan ramuan tawadhuk, sabar, redha, cinta dan pelbagai ramuan mahmudah yang bakal mengaroma hati, lantas kita menjadi Ramadhaniy, kerana Ramadhan hadir mengubah diri.

Namun, teruskanlah makna Ramadhaniy itu dengan Rabbaniy, berdoa pada setiap hari yang penuh mustajab nanti, semoga Allah mengurniakan istiqamah dan ketetapan hati, tidak berbolak-balik dan patah dihambat nafsu dan syaitan, pada sebelas bulan seterusnya.

Ya Allah, kurniakan keberkatan kepada kami dalam bulan Sya'ban dan sampaikan kami kepada bulan Ramadhan.

Letakkan gergaji di pohon yang betul, dan selamat menajamkannya!

Thursday, 6 June 2013

AMBILLAH SESUATU...

“Selama-lamanya KELEMBUTAN tak akan pernah tewas dengan KEKERASAN…”
Apakah kebaikan dan manfaat yang telah disumbangkan oleh kekerasan..???

Dengan sebab kekerasan, banyak sudah insan yang patah hati, tawar hati, kecewa, pilu, longlai, marah dan berdendam. Bahkan kekerasan jugalah yang menjadi asbab kepada banyak perselisihan, pergaduhan, pencakaran dan peperangan.

Kebaikan selamanya tidak akan hadir dalam diri orang yang keras dan kasar perwatakannya. Bahkan ia akan terhalang daripada mendapat kebaikan.

Api yang marak jika disiram dengan air akan terpadam jua,
Api sifatnya membara,
Air pula sifatnya menyejukkan,melegakan, dan menenangkan,
Maka jika yang keras itu dibalas dengan kelembutan,
tentulah kelembutan akan mengatasinya.
Biar kita diherdik,dicaci,dimaki,
Balaslah dengan kata-kata yang baik,
Jika kejahatan di balas kejahatan,
maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan di balas kebaikan,
maka itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan di balas kejahatan,
maka itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan di balas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji.

“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar”

Suatu malam yang sunyi sepi, kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri menceroboh masuk kepondok Rabiatul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwudhu; itu pun telah buruk.Lantas si pencuri tergesa-gesa mahu keluar dari pondok tersebut. Tiba-tiba Rabiatul Adawiyah menegur si pencuri, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini."

Si pencuri terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok itu. Dia juga hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati. Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku."Ambillah sesuatu," kata Rabiatul Adawiyah lagi.

'Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumahmu ini," kata si pencuri berterus-terang."Ambillah itu!" kata Rabiatul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.

"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga," jawab pencuri.

"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah dua rakaat. Dengan demikian, engkau  telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini," balas Rabiatul Adawiyah.

Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabiatul Adawiyah. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwuduk menggunakannya. Kemudian dia menunaikan solat dua rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini.

Rabiatul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri di hadapan-Mu. Oleh itu, janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu."

Sedarlah apabila hati kita resah dan gelisah inginkan pembelaan, hakikatnya pada ketika itu kita sedang merindui yang Maha Adil. Ketika kasih sayang terputus atau cinta terkandas, kita inginkan sambungan. Maka ketika itu kita sebenarnya merindui ar-Rahman dan ar-Rahim (Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang).

Saturday, 1 June 2013

TUNDUKLAH DUHAI HATI

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.."
Berpaling daripada Allah swt ketika turunnya hukum-hukumNya, bererti matinya agama, binasanya tauhid,musnahnya kerhedoan dan keikhlasan.Sedangkan hati orang mukmin tidak mengetahui, mengapa dan bagaimana hendak melayan dorongan nafsunya. Bahkan ia berkata: "Benar..!!! Semua nafsu itu mesti dilawan, ditentang dan dimusuhi."

Oleh yang demikian,barangsiapa yang ingin memperbaiki dirinya,maka hendaklah dia berlatih untuk memerangi nafsunya,sehingga dirinya bebas dari cengkeman kejahatan dan pengaruh nafsu,kerana seluruh nafsu itu mengajak kepada kejahatan.

Apabila kamu menundukkan nafsumu, maka seluruh nafsu itu akan menjadi baik,yakni kebaikkan yang berada didalam kebaikan.Sehingga jadilah ia mengikuti semua ketaatan dan meninggalkan semua kejahatan dan kedurhakaan.Dalam keadaan demikian, maka diucapkan baginya firman Allah yang bermaksud :

"Wahai jiwa yang tenang..!! kembalilah kepada Tuhanmu dengan penuh redha dan diredhai Nya maka masuklah kamu ke dalam golongan hamba Ku dan masuklah ke dalam syurga Ku"                                                                                                                                                                                                     (al-Fajr:27-30)

dan hati juga memainkan peranan didalam perjalanan hidup kita.

                                                                                                                 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
" Sesungguhnya didalam jasad anak Adam itu ada segumpal daging.Apabila daging itu baik maka baiklah seluruh jasadnya, apabila daging itu rosak maka rosaklah seluruh jasadnya.Ketahuilah !! Dia adalah hati...!!!"

Jika kita mengharapkan agar Allah SWT sentiasa memandang kepada kita, maka sibukkanlah diri kita ini dengan melakukan ketaatan kepadaNya,bersabar bersama Nya, redha dengan segala ketentuan Nya terhadap diri kita dan orang-orang selain kita.

Sebelum kita menasihati orang lain maka kita seharusnya menasihati diri kita terlebih dahulu.Dan jangan lebih-lebih menasihati orang lain sedangkan diri kita masih bersemayam sesuatu yang perlu kita perbaiki.

Celaka lah kita !! apabila lidah kita bertakwa sedangkan hati kita berada didalam kedurhakaan, lidah kita bersyukur sementara hati kita berpaling. Allah berfirman yang bermaksud :

"Wahai anak Adam..!! Kebaikan Ku itu turun kepada Mu dan kejahatanmu itu naik kepadaKU"

Celaka lah kita..!! kerana kita mengaku sebagai hambaNya, sementara ketaatan kita, kita berikan kepada selain Nya. sekiranya kita ini adalah benar-benar hambaNya, maka kita akan kembali kepadaNya dan berpihak kepadaNya, nescaya kita akan bermusuhan keranaNya dan berkasih-kasihan juga keranaNya.

Seorang mukmin yang mempunyai keyakinan,tidak akan taat kepada hawa nafsunya,dirinya dan syaitannya.Dia tidak mengetahui syaitan sehingga di mentaatinya,dia tidak memperdulikan dunia sehingga ia menjadi hina kerananya.  Oleh itu ia merendahkan dunia dan mencari penghidupan akhirat.Apabila dia sudah dapat menghasilkan kehidupan akhirat, maka ia akan meninggalkan dunianya, bertemu Tuhannya yang Maka Perkasa lagi Maha Agung.Dia ikhlas beribadah kepadaNya dalam semua waktunya.Dia mendengar firman Allah yang bermaksud :

Dan tiadalah mereka disuruh, kecuali untuk menyembah Allah dengan ikhlas dalam(menjalankan) perintah agama"
(al bayyinah:5)

Buangkanlah kesyirikan dari dalam jiwa kita,dan esakanlah Allah yang Haq,Dia adalah Maha Pencipta segala sesuatu dan semuanya berada didalam kekuasaanNya.


Nikmat tuhan mana lagi yang kamu mahu dustakan??!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...