Pages

Sunday 26 February 2012

KASIHMU TIADA DUANYA

Nilai sebuah kasih yang tiada penghujungnya....

Di waktu yang malam sepi
Terkenang daku sendirian 
Mengingat pada malam hening 
Ibu yang keseorangan...

Dirimu telah banyak mengajar aku erti hidupan
Walaupun ku rasa keluh,letih...pentingkan diri
Demi kehidupan ku yang mendatang
Kau sanggup korban untukku biarpun dirimu tergadai

Duhai ibu..walaupun detik ini... 
Kau merasakan kesepian yang melanda
Anggapnya pengorbanan dan lumrah sebagai seorang ibu
Tetapi jauh disudut hatimu..menafikan semua kekecewaan..

Oh IBU...ampunilah dosaku anakmu
Janganlah kau terasa akan karenah diri ini
Begitu tabahnya dirimu yang bergelar ibu
Yang dijanjikan kebahagiaan atas suatu curahan yang tiada tolak bandingnya..

Padamu ibu kuutuskan
Kasih sayangku kepadamu
Walaupun tidak ku terbalas meskipun ada dunia kedua
Jasamu tetap kukenang selalu dan menjadi suluh hidupku..

Padamu ibu ampunkanlah
Dosa-dosaku terhadapmu
Walaupun banyak khilaf yang ku lakukan
Tetapi dirimu tetap bertakhta dihati ku...

Detik ini aku menyedari betapa berat bebanmu ibu. Pengorbanan yang tiada henti dan tanpa mengenal erti jemu dan letih, terkadang tak pernah kami sedari, ego dan hasrat senantiasa membuat kami keras kepala.
Siramilah hati ini duhai ibu lewat peluk kasihmu. Tuntun kami seperti waktu engkau ajarkan kami menjejak di bumi ini. kini kami merasa kecil kembali jika mengingat apa yang sudah engkau berikan kepada kami ibu..

Dimasa zaman Rasulullah SAW, seorang sahabat ingin mengikut Rasulullah SAW untuk berjihad. Maka Rasulullah SAW bertanya kepadanya samada dia mempunyai sesiapa dirumah? Dia menjawab bahawa ibubapanya masih ada. lalu Rasulullah SAW menyuruhnya pulang kerumah dan minta izin dr mereka dahulu. Jika mereka benarkan untuk berjihad barulah lelaki itu dibenarkan Rasulullah untuk berjihad. Allahuakbar. Lihatlah tauladan yang ditunjukkan Baginda Ar-Rasul SAW. Baginda meletakkan hak ibubapa itu lebih utama dari berjihad. 

Didalam satu hadith yang lain, Rasulullah SAw prnah ditanya oleh seorang sahabat, apakah amalan yang paling disukai Allah SWT? Lalu Rasulullah SAW menjawab pertama solat diawal waktu, kemudian berbuat baik kepada ibubapa dan yang terakhir berjihad dijalan Allah. Lihatlah turutan amalan yang disukai dan digemari Allah SWT. Allah meletakkn berbuat baik kepada ibubapa itu lebih disukai sebelum berjihad dijalan Allah SWT. Begitu muliakan kedudukan ibubapa kita?



Pernahkah anda duduk berseorangan dan memikirkan bagaimana susahnya ibu anda menjaga anda seawal bulan pertama anda berada didalm Rahimnya? Pernahkah anda bertanya kepada ibu anda atau kakak anda bagaimana peritnya melahirkan anak? Subhanallah, sakitnya tidak boleh digambarkan. Begitu sakit. Bayangkan satu benda sebesar kepala bayi dikeluarkan dari lubang dubur anda yang sebesar lima puluh sen? Sakit tak agak-agaknya?


Didalam hadith lain, Rasulullah SAW bersabda, berbuat baiklah kepada ibu bapamu, nescaya anakmu akan berbuat baik kepadamu. Dan bersikap jujurlah kepada ibu bapamu, nescaya isteri kamu akan bersikap jujur kepada kamu. Jika kita derhaka terhadap ibubapa kita, pasti suatu hari kelak, anak2 kita membalas semula pebuatan itu kepada kita. Percayalah..

Akhir kalam, renungi hadith ini, “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” - Riwayat at-Tirmizi.




Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku
9 bulan ku dalam rahimmu
bersusah payah, oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu
tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do’a oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan do’amu 
mengalir di setiap nafasku 
ibuuuuuuuuuuuuuu……….. 
Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
engkau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku
indah bercanda denganmu ibu
di dalam hati ku kini slalu merindu
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu
tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan doamu 
mengalir di setiap nafasku 
ibuuuuuuuuuu……..
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."  

“Allahummaghfirlii waliwaa lidayya warhamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa”

Ya Allah..Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua-dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.
AMIN... 



TANDA KALBU YANG PENUH RINDU

Setelah Rasulullah s.a.w membuktikan cinta baginda s.a.w kepada kita, apakah pula bukti cinta kita kepada baginda s.a.w?

Apakah dengan hanya sambutan besar-besaran dibuat apabila tibanya Maulidurrasul?

Dan selepas berakhirnya sambutan itu atau bulan kelahiran baginda s.a.w maka suasana memperingati baginda sudah mula suram dan ingatan terhadap baginda akan mula surut, maka kehadiran ke majlis-majlis ilmu semakin susut, selawat dan salam diganti dengan lagu-lagu lagha, tingkah sudah kembali menyalahi sunnah, mulut dan lidah kembali menyumpah seranah, hati lantas mati, perintah dan hukum sudah tidak dipeduli lagi.

Kita tanya kembali, apakah bukti cinta kita kepada baginda s.a.w?

Seseorang yang hatinya penuh cinta dan rindu pasti mengutamakan kekasihnya dari yang lain dalam segenap tindak dan fikirnya. Seseorang yang menyintai baginda s.a.w menjadikan mehnah dan dugaan yang menimpanya sebagai jalan untuk mentaati Allah s.w.t. Dia menyintai apa yang dicintai baginda, dan membenci apa yang tidak disukai baginda s.a.w.

Bibir dan lidahnya sentiasa mengungkapkan ingatan terhadap kekasih melalui lafaz selawat. Dia akan berusaha melafazkannya setiap masa, saat susah mahu pun senang. Kekasih yang bernama Muhammad s.a.w sentiasa hidup dalam hatinya, mengesankan pada hati, lidah dan tingkah.

Rasa bersalah

Selalu merasakan bahawa diri kita ini bersalah, banyak dosa dan khilaf dengan Allah. Lantas akan mengingatkan kita kepada sunnah Rasulullah yang belum cukup kita amalkan dalam kehidupan sehari-hari. Rasa bersalah dan berdosa ini penting supaya hati kita dipenuhi dengan rasa ingin kembali (rajak) kepada-Nya, bertaubat dan memohon pengampunan dari-Nya.

Diri yang selalu rasa bersalah ini akan terus berusaha memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa, menemui ketenangan dalam usahanya meraih rahmat dan kasih sayang Allah. Rasa bersalah ini akan membuatkan kita terus tegar menyelak lembar-lembar seerah baginda s.a.w supaya setiap apa yang baginda lakukan akan sentiasa hidup dalam hati, lisan dan perbuatan.
Diri yang bersalah ini akan sentiasa berasa rendah hati dan tawaduk, sentiasa memandang orang lain lebih mulia daripadanya, tidak memandang buruk orang yang melakukan dosa dan tidak menafikan hak orang lain untuk bertaubat. Orang yang rasa bersalah ini akan sentiasa memaafkan, hatinya lapang dan bertasamuh.

Rasa bersalah ini perlu disertai dengan proses taubat, zikir dan fikir akan kebesaran-Nya, supaya rasa ini tidak pula membelenggu hati sehingga menyebabkan kemurungan dan menyendiri.

Buktikan cinta dengan rasa bersalah, kerana rasa inilah rasa 'ubudiyyah, terbit dari rasa kita sebagai seorang hamba, lantas kita akan memperkasa ibadah, ilmu dan amal.

Membangkang nafsu

Lihatlah di segenap kehidupan kita, muhasabahlah segala amal perbuatan yang berorientasikan nafsu. Bezakan di antara keinginan dan keperluan. Bezakan juga antara keperluan dan tujuan.

Cara untuk membangkang nafsu ini ialah dengan menaikkan kecemburuan dalam hati dalam hal-hal Akhirat. Berlumba-lumba melakukan sedekah, menidakkan keinginan untuk bermewah-mewah.

Besarkan jiwa dengan ibadah, mohon bantuan daripada orang-orang terakrab, supaya boleh pula kita diingat dan dibetulkan.

Kenangkan pula kekasih kita Rasulullah s.a.w, yang tidak pernah cukup makan dan minum, ikat perut dengan batu menahan lapar, maka sederhana yang menjadi pilihan kita, atas dasar cinta kepadanya, habibuna Rasulullah s.a.w, kekasih hati.
Makanlah apabila lapar, kerana makanan yang dimakan ketika lapar akan sentiasa lazat dan sedap.

Bangkanglah nafsu, maka hati kita akan terpandu.

Cinta baginda sepanjang hayat. Cinta baginda, tiada bertempoh, tiada bermusim, tiada berwaktu.

Dalami seerah, amalkan sunnah dan tadabburlah wahyu, kerana itulah tanda kalbu yang penuh rindu. 

Sehina hina ABU LAHAB , dia merupakan antara insan paling gembira pabila lahirnya MUHAMMAD BIN ABDULLAH sehinggakan ABU LAHAB memerdekakan hambanya dan menyembelih 70 ekor unta.

Bagaimana dengan KITA?????


Manusia yang agung itu sering meratapi dan menangisi akan nasib umatnya sehingga penghujung hayat baginda,Tatkala ini, pernahkah kita sebagai umat manusia yang agung itu yang akan mengharapkan syafaat baginda kelak,memikirkan dan mengingati baginda?...


Rasakan selalu bahawa, 'aku belum benar-benar beriman kepada-Mu ya Allah, banyak dosa dan khilaf yang aku lakukan, bantulah aku untuk buat perubahan dalam diri ini dan hilangkan rasa maluku kepada makhluk serta tingkatkan rasa maluku kepada-Mu'.


Apabila telah berjaya memanfaatkan tenaga negatif dari hina dan maki menjadi positif sebagai pembakar semangat, elakkan berniat untuk menonjolkan kemampuan dan kebolehan diri sebagai bukti dan balas kepada hina dan maki tadi, tetapi berikhtiarlah untuk paksikan niat ikut sunnah dan kerana Allah. Rasa panas hati dek hina dan maki akan bertukar menjadi salju rasa terima kasih dan syukur, lalu agamlah ingatan kepada baginda Nabi, yang sentiasa menjadikan cinta sebagai balas iri dan benci.


Apabila dihina dan dimaki, kita boleh memilih untuk berjiwa besar dengan memanfaatkan tenaga negatif tersebut menjadi positif sebagai pembakar semangat, atau berjiwa kecil dengan terus melayannya menjadi dendam. Pilihlah menjadi manusia berjiwa besar, kerana cintakan Nabi, yang selalu dihina dan dimaki, tetapi dakwah Baginda tidak pernah berhenti.




‎"Kasut, kamu lebih baik daripada saya, kerana kamu menjaga kaki Nabi."


Selalu, tiada ingatan kata yang lebih indah melainkan selawat, tiada tingkah yang lebih molek melainkan Sunnah, tiada kalbu yang lebih hidup, melainkan hati yang penuh rindu, kepada kekasih, Habibuna Rasulullah s.a.w. Solallahu 'Ala Muhammad, Solallahu 'Alaihi Wasallam!

Wednesday 1 February 2012

DUNIA YANG BUKAN UNTUKKU

Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderong kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya"

TAK TERKENAL DI BUMI, TERKENAL DI LANGIT

  Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahli membaca Al Qur’an dan menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendangan, tiada orang yang menghiraukan, tak dikenal oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit. Dia, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk surga, dia justru dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin dia untuk memberi syafa’at sejumlah qobilah Robi’ah dan qobilah Mudhor, semua dimasukkan surga tak ada yang ketinggalan karenanya.Dia adalah “Uwais al-Qarni”

  Ia tak dikenal banyak orang dan juga miskin, banyak orang suka menertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai tukang membujuk, tukang mencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.Seorang fuqoha’ negeri Kuffah, karena ingin duduk dengannya, memberinya hadiah dua helai pakaian, tapi tak berhasil dengan baik, karena hadiah pakaian tadi diterima lalu dikembalikan lagi olehnya seraya berkata :“Aku khawatir, nanti sebagian orang menuduh aku, dari mana kamu dapatkan pakaian itu, kalau tidak dari membujuk pasti dari mencuri”.Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tak punya sanak famili kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa. Untuk mencukupi kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekedar menopang kesehariannya bersama Sang ibu, bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.Kesibukannya sebagai penggembala domba dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagi-Nya.

  Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, karena selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbarui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam. Alangkah sedihnya hati Uwais setiap melihat tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum.Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih, tapi apalah daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah sang ibu yang jika ia pergi, tak ada yang merawatnya.Di ceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Kabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada beliau SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya.Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu tak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, kapankah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dari dekat ? Tapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat membutuhkan perawatannya dan tak tega ditingalkan sendiri, hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.

  Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memaklumi perasaan Uwais, dan berkata:“Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”.Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi. Sesudah berpamitan sambil menciumi sang ibu, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak kurang lebih empat ratus kilometer dari Yaman. Medan yang begitu ganas dilaluinya, tak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari, semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya.Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina ‘Aisyah r.a., sambil menjawab salam Uwais. Segera saja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata beliau SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang.Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi SAW dari medan perang. Tapi, kapankah beliau pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”.Karena ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemauannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi SAW. Ia akhirnya dengan terpaksa mohon pamit kepada sayyidatina ‘Aisyah r.a. untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan haru.

  Sepulangnya dari perang, Nabi SAW langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahwa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar perkataan baginda Rosulullah SAW, sayyidatina ‘Aisyah r.a. dan para sahabatnya tertegun. Menurut informasi sayyidatina ‘Aisyah r.a., memang benar ada yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.Rosulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.”Sesudah itu beliau SAW, memandang kepada sayyidina Ali k.w. dan sayyidina Umar r.a. dan bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.Tahun terus berjalan, dan tak lama kemudian Nabi SAW wafat, hingga kekhalifahan sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. telah di estafetkan Khalifah Umar r.a. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW. tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali k.w. untuk mencarinya bersama.

  Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka. Diantara kafilah-kafilah itu ada yang merasa heran, apakah sebenarnya yang terjadi sampai-sampai ia dicari oleh beliau berdua. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.Suatu ketika, Uwais al-Qorni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahwa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qorni.Sesampainya di kemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan sholat. Setelah mengakhiri shalatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabatan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditelapak tangan Uwais, sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit.Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut, siapakah nama saudara ?“Abdullah”, jawab Uwais.Mendengar jawaban itu, kedua sahabatpun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?”Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qorni”.Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali k.w. memohon agar Uwais berkenan mendo’akan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah:“Sayalah yang harus meminta do’a kepada kalian”.Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata:“Kami datang ke sini untuk mohon do’a dan istighfar dari anda”.Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qorni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdo’a dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar r.a. berjanji untuk menyumbangkan wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya.Segera saja Uwais menolak dengan halus dengan berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.

  Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar beritanya.Tapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan di tolong oleh Uwais , waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin topan berhembus dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghantam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat.Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan sholat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.“Wahai waliyullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh.Lalu kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi ?”“Tidakkah engkau melihat bahwa kapal dihembus angin dan dihantam ombak ?”tanya kami.“Dekatkanlah diri kalian pada Allah ! ”katanya.“Kami telah melakukannya.”“Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrohmaanirrohiim!”Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di dekat itu. Pada saat itu jumlah kami lima ratus jiwa lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami berikut isinya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,”Tak apalah harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”.“Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? ”Tanya kami.“Uwais al-Qorni”. Jawabnya dengan singkat.Kemudian kami berkata lagi kepadanya, ”Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya.“Ya,”jawab kami.Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qorni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan.

  Setibanya di Madinah, kami membagi-bagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tidak satupun yang tertinggal.Beberapa waktu kemudian, tersiar kabar kalau Uwais al-Qorni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan, “ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari mengantarkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat penguburannya guna memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan sayyidina Umar r.a.)Meninggalnya Uwais al-Qorni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan. Sedemikian banyaknya orang yang tak dikenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qorni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala domba dan unta ? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa “Uwais al-Qorni” ternyata ia tak terkenal di bumi tapi menjadi terkenal di langit.


"Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang harus untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...