Pages

Tuesday 10 June 2014

SUNNAH PERJUANGAN


Pesanan luqmanul hakim...

Hai Anakku..

1) ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. 

2) - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga. 


3) orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH. 
4) seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5) - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam. 

6) Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7)
 Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.


8)
 janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.


9)
 Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

10)
 janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

11)
 bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

12)
 bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

13)
 selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

14)
 bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

15)
 Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

16)
 Janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.


17)
 bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

18)
 
usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

Sunday 8 June 2014

UJIAN HATI

Biar lafaz sepi
Biar hati dipagari
Biar gerak laku terhenti

Biar keinginan tidak dilayani
Biar nafsu dipenjarai
Biar apa kata orang pada diri
Engkau lebih mengenali cinta kerana Ilahi..

Hiasi diri dengan manhaj Ilahi
Meminta hanya pada Pemilik hati
Memberi hanya pada yang halal dan suci

Andai sabar dengan ujian hati
Andai mengharap redha Ilahi..
Andai ingin bermahligai kekal abadi

Ajarlah hati untuk memelihara cinta suci
Bak permata jauh didasar bumi
Hanya dimiliki pada yang dikehendaki Ilahi..

Jika hati telah dimiliki
Peliharalah hati dengan redha Ilahi..
Biar hanya Allah yang mengisi ruang hati
Memenuhi malam dengan zikir pada Ilahi..

Sungguh tidak mudah menjaga hati
Namun berjaga-jagalah dengan ujian hati
Sentiasa berdoa dan terus berdoa pada Ilahi
Ajarlah hati bersabar hari demi hari

Sungguh...
Jika engkau dikalangan orang yang mengharapkan redha Ilahi..
Apakah yang mampu dikatakan lagi
Apakah engkau tidak yakin dengan Hadiah dari Ilahi
Sebuah mahligai yang dipenuhi dengan kasih dan rahmat Ilahi
Sebuah Syurga yang membahagiakan hati
Bukan harta dan pangkat yang menyenangkan hati
Cukup hanya dengan cinta dan pandangan dari Ilahi..

Bersabarlah..
Cukuplah hanya Allah yang menyampaikan padanya... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...