Pages

Wednesday 5 October 2011

MASIH ADAKAH PENGHARAPAN UNTUKKU???


Lihatlah kehidupan kita dari perspektif Akhirat, kerana apabila musibah dan dugaan datang menimpa, kita akan sentiasa berasa kehidupan ini sangat luas, lapang, penuh harapan, dan penyerahan sepenuhnya kepada Rabb, dengan ungkapan yang selalu disebut-sebut, "Cukuplah Allah bagi kami, dan kepada-Mu ya Allah, sebaik-baik tempat diserahkan urusan."

Walaupun tidak melakukan kesalahan, tapi kita mesti sentiasa berasa bahawa diri tidak pernah sunyi dari melakukan kesalahan. Sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah dia mengaku kesalahannya, bertaubat dan tidak henti mengharap keampunan dari-Nya. Seburuk-buruk orang yang melakukan kesalahan ialah dia tidak mengaku kesalahannya, takbur dan sering mencipta alasan.


Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malang ini pergi membasuh diri
Untuk mengadap mu oh tuhan

Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu

Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaanmu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku

Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yangku lakukan

Ampunan mu tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunanmu tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada mu
Tempat hamba kembali nanti di sana


 Sabda Rasulullah s.a.w :
"Orang yang bijak adalah orang yang memuhasabah diri sendiri dan beramal untuk sesudah kematian dan orang yang lemah adalah orang yang menuruti hawa nafsunya kemudian berangan-angan (mengharap rahmat) pada Allah." (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah) 


Aku tahu, aku bukanlah insan hebat yang boleh menjadi contoh untuk semua orang, atau aku boleh menjadi ikutan atau insan dikagumi, tetapi aku memilih jalan ini kerana ihsan, kerana cintaku dan kerana Tuhanku. Dan aku yakin, mereka yang memilih jalan ini adalah kerana cinta mereka. Kerana hati yang didamba rindu dek cinta yang menyala-nyala. Demi cinta yang merumba.


“Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan beramal soleh bahawa akan menjadikan mereka khalifah di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka sebagai khalifah, dan akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai bagi mereka, dan akan menukarkan ketakutan mereka dengan keamanan. Mereka menyembah Aku dan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu pun. Barangsiapa yang kufur selepas itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik.” (An-Nur : 55)


Awas! Allah memerhatimu, dan Akhirat di depanmu!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...