Pages

Wednesday 7 January 2015

MENTARI HIDUP


Kala senja itu tiba 
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali
Ujian itu tanda cintaNya. Semakin kuat iman, semakin hebat ujian. Bukan kerana Dia mahu kita menjadi lemah tetapi kerana Dia mahu kita mendekat mencari Dia untuk naik darjat lagi setingkat. Menangislah sepuas-puasnya. Lontarkan segalanya hanya padaNya. Sabar, sabar dan terus sabar. Dan percaya. Itu kunci mujahadah.

Usah di salahkan takdir yang melanda...Renung kembali sejarah silam.,
Dengan membiarkan ku sendiri... Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi...Aku diberi arah petunjuk.,
Berlindung dengan Allah...Menerus kehidupan.,
Ku mengenal makna...Dosa dan pahala

Ku redha dan sedia...terima.,
Yang tertulis dalam kehendakNya

Ya Rabb!
Jika dikurnia yang rendah, ingin selalu ku dakap sekeping hati yang membumi.
Jika dikurnia yang tinggi, ingin sekali ku baja akal fikir yang subur menumbuh.
Bekal-bekal penting untuk ku menuju al-Haq.

Dan aku hanya hamba-Mu yang selalu khilaf!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...