Pages

Sunday 9 December 2012

SUATU MASA

Memberi bukan untuk menerima…
Menabur budi bukan untuk dianggap berjasa…
Bukan itu yang diburu sejak mula…
Menyebut kebaikan meragut keikhlasan…


SESUNGGUHNYA KERANA DIA LAH SEGALANYA
Jika sanggup datang mesti sanggup pulang
Bertemu tidak jemu,berpisah tidak gelisah
Bertemu untuk berpisah dan perpisahan
Ini adalah pertemuan
Semoga kembara kita di dunia akan sampai
Ke destinasinya yakni syurga
BIIZNILLAH!!!

Kita ini hanyalah bilangan-bilangan hari,Apabila sebahagian hari itu pergi.. sebahagian kita telah pergi…Apabila cukup bilangan hari itu telah pergi.. maka tiadalah kita di dunia ini lagi…

Pandanglah kebawah untuk insaf akan nikmat
yang melimpah…
Dan dongaklah keatas untuk sedar akan
amal yang terbatas…

Terkadang orang yang benar akan  terhina
Kerana salah dalam menegakkan kebenaran
Adakalanya pula mereka yang salah menjadi
Mulia Dek kerana berhati-hati dalam
Membaiki kesalahan

YA ALLAH..Jika aku salah ampunilah aku.Hadirkanlah dalam jiwa ini ketaqwaan..sucikanlah ia kerana ENGKAUlah sebaik-baik yang menyucikan..Sesungguhnya ENGKAUlah pelindung dan sebaik-baik pelindung…..
AKHIRLAH HIDUP INI DENGAN MENDAPAT KEMULIAAN DARI MU…

Mengingati mati adalah salah satu ubat kepada hati yang berkarat sebagaimana sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud:                                                                              “Sesungguhnya hati manusia itu akan berkarat sepertimana karatnya besi. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW bagaimanakah hendak mengubatinya Ya Rasulullah? Maka Rasulullah SAW menjawab: Tilawah al-Quran dan sentiasa mengingati mati.”

Mengingati mati adalah pencuci hati yang paling berkesan. Dari sinilah kita akan memasuki pintu keinsafan dan kesedaran. Marilah kita sama-sama mengambil peluang  yang disediakan untuk sentiasa memperbaharui iman sekaligus mempertingkatkannya. Dengan mengingati mati juga akan membuatkan kita membatalkan niat untuk melakukan kemungkaran kepada  Allah SWT.
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian..”kalau kita perhatikan, menjauhkan diri daripada membicarakan soal kematian adalah suatu tindakan yang kurang bijak. Hal ini kerana sejauh mana pun kita melarikandiri, maut itu tetep akan datang menjemput kita. Itu adalah sunnatullah yang tidak dapat kita nafikan dan lari daripadanya.

 Mati juga adalah penutup dan pemutus segala-galanya. Mati akan melontarkan kita ke satu alam, yakni alam kubur, satu tempat transit, sebelum kita dibawa untuk berkumpul di Padang Mahsyar dan dihitung dengan Mizan Allah. Namun ada tiga perkara di dunia yang masih kekal berhubung dengan kita selepas mati.Tiga perkara itu adalah:

·         Sedekah jariah 
·         Ilmu yang bermanfaat 
·         Doa anak yang soleh

Tiga amal ini akan sentiasa memenuhi kantung pahala kita, walaupun kita telah mati. Selagi mana tiga perkara itu berjalan dan terus digunakan, kita akan mendapat pahala seperti kita membuat amalan tersebut ketika masih hidup. Kematian ini ada dua jenis:

·         Husnul Khatimah
·         Su’ul Khatimah

Mati secara  husnul khatimah, yakni suatu kematian dalam keadaan beriman kepada  Allah, dengan kehidupannya yang dedikasi mengikuti segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.Mati secara  su’ulkhatimah pula ialah mati dalam keadaan ingkar kepada Allah, dengan kehidupannya yang ingkar kepada perintah  Allah dan melakukan segala yang Allah larang.  

Renungilah ia didasar hati yang paling dalam,
kita mahu mati yang bagaimana???
Hidup itu memang, mati itu pasti.
Adakah kita yakin kita boleh bernafas pada keesokan hari dan berbangga akan dosa pada hari ini???.
Moga iman dan amal tertingkat demi meraih pengakhiran yang baik (husnul khatimah). 

“Kehidupan ini ibarat musafir yang berteduh sebentar di bawah sebatang pokok, apabila letihnya hilang, dia akan meneruskan perjalanannya.”

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Dan  juga) mereka bersukacita dengan kurniaan  Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedangberjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa  Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Surah Ali ‘Imran:169-171)

Carilah syahid di dalam setiap hela nafasmu, kerana dalam kesakitan menghadapi syahid itu, ada kemanisan yang tak pernah dirasai oleh manusia yang masih bernafas... ada pun sabda nabi Muhammad SAW,
"Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid."

Saudaraku, hakikat kematian itu adalah satu kebenaran..berkumpul di Padang Mahsyar itu adalah satu kepastian.. Pahala dan dosa itu bukanlah satu dongengan..Syurga dan neraka adalah destinasi terakhir dalam sebuah ceritera kehidupan.. 

Saudaraku yang dirahmati Allah, pelik rasanya melihat manusia masih melakukan kemungkaran sedang Allah Maha Melihat sesuatu yang tersembunyi, takut rasanya melihat imbasan diri sendiri di cermin kehidupan yang memaparkan kemungkaran terhadap  Allah dan balasan di atas setiap perbuatan, kasihan melihat hamba  Allah termasuk  KITA  yang  masih lagi belum mengerti akan hakikat sebuah kematian..

Saudaraku, hari ini kita bersukaria, ketawa, berjenaka, bergurau bersama keluarga, mana tahu esok kita sudah  dikuburkan. Siapa tahu sebentar lagi akan tercabut nyawa dari badan, siapa yang dapat menafikan saat talkin sudah diperdengarkan?? Siapa yang dapat menolakan dari malam ini tiada lagi tilam empuk yang menjadi alas pembaringan hanya tanah kusam yang menjadi teman? Tiada lagi selimut tebal hanya kain putih yang menyelimutkan..

"CINTAILAH KEMATIAN SEPERTIMANA KAMU MENCINTAI KEHIDUPANMU, KERANA MANUSIA TAK BOLEH BELI DUNIA UNTUK AKHIRAT.. CUMA MANUSIA PERLUKAN DUNIA UNTUK MENGECAP KEMANISAN AKHIRAT"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...