Pages

Thursday 3 October 2013

DIA..SEPERTI APA..???

Biarlah dia seorang yang buta..
Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah..
Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi..

Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah..
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya..

Biarlah dia seorang yang bisu..
Bisu dari pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan..
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracuni fikiran..
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang
kekufuran..

Asalkan bibirnya sentiasa basah
mengingati Tuhan..
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran..
Asalkan dia petah
membangkang kemungkaran dan dia lantang menyuarakan kebenaran..



Biarlah dia seorang yang bakhil..
Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya..
Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya..
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya..

Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya..
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya..
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran..
Sehingga dia sanggup
menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah kembali megah di muka dunia..



Biarlah dia seorang yang papa..
Papa dalam melakukan perkara maksiat..
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat..
Papa memiliki akhlaq mazmumah..

Tetapi dia cukup kaya
dalam pelbagai ilmu pengetahuan..
Dia begitu kaya dalam
memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia..
Dia begitu kaya
dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya..
Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang yang syahid di jalan Allah...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...